Aktiviti akan datang...

7 - 9 Dec 2013: Perkhemahan Kawasan Selatan, Perak di SMART, Batu 4, Teluk Intan.

27 - 29 Dec 2013: Singapore- Malaysia Camp in Ipoh

Saturday, March 27, 2010

Kursus Induksi Pertolongan Cemas 2010 [ Hari Pertama]

Kursus Induksi Pertolongan Cemas Tahun 2010 telah diadakan oleh pihak SJAM SMKDS pada 27 March 2010 di Dewan SMK Dato Sagor Langkap. Kursus sepanjang dua hari akan meliputi bahagian theori, praktikal dan latihan- latihan pertolongan cemas.

Sebanyak 82 orang ahli ( 61 peserta dan 21 ahli jawatankuasa) telah manghadiri kursus ini pada hari ini ( 27 March 2010); Guru Penasihat SJAM SMKDS ( Pn. Kamaladevi dan Pn. Zamzalina) turut menghadiri aktiviti ini bagi memberi sokongan moral.

Antara topik dan latihan yang telah diadakan oleh para ahli jawatankuasa pada hari pertama termasuk:-
1) Ceramah Prinsip & Amalan Pertolongan Cemas- En. Wong Jing Hou
2) Ceramah Kecederaan Pada Tisu- En. Heng Wai Chen
3) Ceramah dan Latihan Pembalutan & Pembebatan- Cik Lee Sou Ting, En. Cheong Chee Jian dan En. Chai Yik Chong
4) Ceramah Pendarahan Dalam Tubuh & Renjatan- Cik Wong Mei Yin
5) Ceramah Terbakar, Melecur & Racun- Cik Ong Yen Ni
6) Ceramah Respirasi & Darah- Cik Wong Mei Yin
7) Ceramah Masalah Perubatan- En. Choong Hao Yan, Cik Soo Xi Yi

Berikut merupakan gambar- gambar aktivi yang telah diadakan.


Pendaftaran & Pambahagian Pasukan




Ceramah & Demostrasi


Fasilator kumpulan menjelaskan jenis- jenis pembalutan & pembebatan kepada para peserta.



Latihan Praktikal Pembalutan & Pembebatan


Para hadirin Kursus Induksi Pertolongan Cemas 2010 ( Hari Pertama)

No comments: