Aktiviti akan datang...

7 - 9 Dec 2013: Perkhemahan Kawasan Selatan, Perak di SMART, Batu 4, Teluk Intan.

27 - 29 Dec 2013: Singapore- Malaysia Camp in Ipoh

Sunday, December 28, 2008

Bye Bye 2008, Hello 2009

Tahun 2009 bakal menjelang, maka pihak divisi akan menganjurkan Kempen Pengambilan Ahli Baru pada bulan Januari yang akan datang.

Tahun 2009 merupakan tahun yang amat mencabar di mana situasi ekonomi negara kita akan menghadapi beberapa rintangan, dan akan menjejaskan semua golongan masyarakat, di mana ia bermaksud semua pihak bahkan dewasa ataupun remaja perlu lebih berjimat dan pandai menguruskan perbelanjaan bagi menghadapi krisis ekonomi yang akan datang.

Bagi menghadapi cabaran yang akan datang, ahli jawatankuasa divisi ( dewasa dan kadet) tahun 2008 dan beberapa orang NCO telahpun bermesyuarat bagi merancang beberapa rancangan, termasuk aktiviti- aktiviti yang akan datang, budget bagi tahun 2009 dan kebajikan ahli.

Adakah anda seorang ahli SJAM di SMKDS? ataupun ahli SJAM di Perak Selatan? Adakah anda berpuas hati dengan aktiviti- aktiviti dan kebajikan ahli ataupun sistem yang diamalkan di SJAM SMKDS??ataupun apa- apa komen terhadap AJK- AJK divisi?

Tinggalkanlah komen anda di sini ( jangan risau, identiti anda tidak akan terbongkar jikalau anda tidak mahu perkara tersebut berlaku) atau nyatakan harapan anda terhadap SJAM SMKDS ( seperti aktivti yang anda harap pihak divisi akan menganjur, atau lain- lain).

Akhirnya, pihak Divisi A/A DS (C), A/C 54 dan N/C 36 dari SMK Dato' Sagor mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pihak.

No comments: